Sunday 15 June 2014

LUKISAN PELAN

      Setelah puas bergoogle dan menalefon sana sini akhirnya awal tahun 2014 aku nekad memulakan langkah membuat rumah. Aku membuat keputusan untuk menggunakan pinjaman perumahan kerajaan dan menggunakan khidmat kontraktor. Ada rasa terkilan sedikit di hati kerana tidak dapat mengikut jejak langkah rakan-rakan yang berasal dari Terengganu dan Kelantan yang mengusahakan sendiri pembinaan rumah mereka tanpa menggunakan khidmat kontraktor. Mereka hanya pinjam lesen kontraktor. Rumah mereka tukang yang usahakan. Barang tuan rumah yang belikan. Memang dapat jimat tapi ada juga risikonya di sana sini.

       Langkah pertama nak buat rumah iaitu ada tanah dah selesai. Sekarang ni langkah kedua iaitu mendapatkan pelukis pelan. Sebenarnya di Melaka banyak Firma-frima arkitek yang kita boleh lantik sebagai pelukis pelan kita. Tapi aku mendapat jalan untuk menggunakan Pelukis Plan Sambilan yng mana caj yang dikenakan murah sedikit dari firma-firma tadi. Aku telah menghubungi En Zakaria Persara Unit Perancang Bandar yang telah menceburi bidang pelukis plan secara sambilan ni agak lama juga. Setelah di runding kos pelan yang di setujui ialah RM3,500 sehingga mendapat kelulusan majlis. Memandangkan aku di Majlis Perbandaran Jasin maka kosnya murah sedikit berbanding di MPMBB atau MPHTJ.

     Ini antara draf-draf awal lakaran pelan rumah ku.

Hasil Seni Sepupuku Suzaili Suzukee


2.
Hasil Seni Pertama Tuan Zakaria (Zack)
Ubah lagi....

3.
Draf kedua Tuan Zack

4.
Draf akhir Tuan Zack....
Ini pun masih ada ubah suai sana sini. Tapi memandangkan aku ingin megejar masa maka terimala seadanya.


Kecil je rumah ni. Ianya berkeluasan 2,750 kaki persegi. 

Moga berjumpa lagi...






Sunday 13 April 2014

Salam Perkenalan

Bismillah pembuka bicara...

Salam hormat...

        Nak mula blog ni saja saja je nak berkongsi pengalaman membina rumah sendiri yang dah dirancang bertahun tahun. Berangan nak buat rumah ni lama dah tapi disebabkan kekangan kewangan maka hasrat tersebut di pendam begitu sahaja. Namun melihat kepada kos buat rumah yang tak pernah turun tapi makin mencanak canak naik saya nekad juga membuatnya pada awal 2014 ni.

       Syukur Alhamdulillah ibu saya telah menghibahkan tanah pusakanya kepada saya 5 tahun yang lepas. Tapak sawah yang ketika kecil saya bermain di situ dan kemudiannya menjadi kebun mangga bakal berubah wajah menjadi tapak rumah saya nanti. Terima kasih mak.
Ayah dan Mak dengan Putra Wafiq di kaki gunung Kinabalu

     Dengan tanah berkeluasan 0.2629 hektar aku dan ayah membuat keputusan untuk menimbun tanah sawah tersebut dgn panjang 100 kaki panjang dan 600 kaki lebar. Kos menambak tanah hampir RM10,000. 
Proses menimbun tanah. Broker tanah (ayah) tengah memerhatikan kerja

       Tanah tersebut telah di biarkan mengeras 4 tahun yang lalu. Kini tibalah masa memulakan kerja-kerja membina rumah. Bermula awal tahun ini saya sudah mula merancang rancang. Saya jenis yang berat mulut nak bertanya orang mula berlakon jadi ringan mulut. Telefon sana sini dan layari blog sana sini. Banyak juga info yang kita dapat hingga kadang kala jadi keliru pula. Hakikatnya lain padang lain belalang, lain tempat lain caranya. 
       Bersambung kita di lain masa.....